Saturday, 17 September 2016

Cabar diri

Assalamualaikum. Selamat hari raya Aidiladha semuaa ! :) Maaffff sangat sebab dah terlambat bebeno hahahah. Raya hari isnin, wish hari sabtu zzz. Okay aku balik johor hari selasa. tu pun balik hari sebab akak aku keja. So pagi tu kol 7 lebih gak ah gerak dari rumah, sampai johor dekat kol 10.45 kot. Sampai2 je depan rumah penuhhhhhhh dengan kaum Adammmm. MasyaAllahhhh! nasiblah aku ni memang pakai kainn, akak aku tu dengan heels segalai bagaii haa padan muka :P Dorang tengah layat daging kambing. Time aku nak salam atuk and pak pak sedara, benda pertama sekali aku perasann ehhh nsem ah mamat ni, anak jiran mana ni hahaha baksoss! Takdelahh aku tak usha pun :P Aku perasan KEPALA KAMBING!!! dah lah hitam legam! Huwahuwaaaa kalau raya korban niii tuuu lah benda aku palinggg taknak tengok, yela dengan darah2 semua kann T_T

So abang n adik tolong ah kat luar. Aku, mama and akak aku masuk rumah dulu. Sarapan kejap hoho. Pastu santai2 tengok tv, yelaaa  nak tunggu orang laki layan daging tu dulu, lepastu sorang demi sorang masuk "Batang pinang batang pinang !!" "Ekor ekorrr" Hahahahaha macam jual kat pasar kekdahnya. Aku, mama, kaklong, makcik and nenek potong daging. Makde, mak ngah and anak2nya potong ekor dan segala organ dalaman yang lain T_T Makde siap menjerit lagi "NI KALAU TAKTAU POTONG, MALU DENGAN MAK MERTUA TAUU!!" Pastu makcik cakappp "Alaa beli pasar je senang" Bhahahaha kita geng lah makcik! kahkahhh!

Zzzzzz sepanjang 18 tahun aku hidup, tak pernah derrr nak potong dagingg! Hmmm even daging kambing tu punnn aku tak makan wehh. aiiihh, tapi depan nenek kottt buat malu je kalau buat perangai gedik centu. Plus aku ni takboleh jugak bau darah dia, tapi nak rasa pengalaman kannn. Ada lah jugak modal nak cite kat belog ni haaa. Aku potong tu LEMAK DIA LIAT nak matii, pastu jari hantu kanan aku asyik bergesel dengan simen, sampai sekarang berbekas T_T

Tapi aku syukurlah dapat rasa pengalaman ni. Lepas je Asar, kol 5 lebih gerak serdang balik. Sampai sini kol 8 lebih. Balik je rumah, mama terus agih2kan daging lebih and bagi dekat jiran tetangga. Esoknya mama terus masak daging tu T_T Aku goreng telur je bahah! Okeyyy tu je cite raya aku.

Haaa nak tau tak, 15/9/16 tetiba je im tegur aku balik. dia wish selamat hari raya, aku pun balas jelah. Huhu walaupun kekok kann! Dan sekarang memasing senyap balik. Bahahhh. Ohh 22/9/16 dia balik madrasah dahh :")) Selamat tinggal, jaga diri... Jumpa tahun depan, kalau panjang umur dan murah rezeki. Bye. 

Sunday, 11 September 2016

Kenangan Itu, Meninggalkan Rasa yang Sangat Memilukan.


Sakit bila teringat saat kita pernah janji nak jadi kawan baik. Sakit bila teringat yang kau kata sayangkan aku. Sakit bila teringat yang kau kata aku ni penghibur masa kau sedih. Entahh...benda-benda tu semua perlahan-lahan beransur pergi? Dan... sakit untuk aku ucapkan selamat tinggal. Berat kat hati ni weyh, haha :")) Aku cuba terima takdir Allah ni tapi... sakit wehh, sakitt !! Dulu, kita satu jiwa..Masing2 kepala biul tapi kenapa semua tu dah makin hambar ?? Ye betul.. jangan suka aku, aku ni ego, panas baran hahaha.. aku pun tak paham ngan diri aku kengkadang tu..Takpelah perpisahan ni jadi mesti ada sebab..Bak kata kau, kau datang dalam hidup aku mungkin kejap dan mungkin lama.. Dan nampaknya kita dah jumpa jawapan dia kann ?? Allah pinjamkan kau untuk aku sementara je..Tapi dah cukup buat aku gelak cam orang gila dan nangis cam orang gila jugak hahaha..Pergilah.. Pergi kejar impian dan cita2 awak...Kalau kau tak mintak aku doakan pun..aku tetap akan doakan untuk sahabat aku sorg ni.. Ingatt...aku sayang kau weyh..Demi Allah, aku sayang kau...Aku minta maaf sebab aku pun terpaksa pergi..Aku tak dapat pegang janji aku untuk tunggu kau..Aku takkan tunggu kau...Aku kena pergi..untuk kebahagiaan kau dan jugak kebahagiaan diri aku sendiri..aku terpaksa mungkir janji..Aku mintak kau halalkan segala2nya...Tipu lah kalau cakap aku tak rindu kau...haha setiap masa aku ingat kat kau...tapi takpelah, lama2 aku kena biasakan diri aku hidup tanpa kau...Goodluck for your future..aku ade kat belakang kau sebagai seorang sahabat :")) janji yang pernah tercipta ni...jadikan sebagai kenangan yang tak mampu kita tunaikan..Assalamualaikum :)

Saturday, 10 September 2016

Raya Haji Single-Mingle, Naik Cuti, Trial Sem 1 !

Assalamualaikum. Waduuh berhabuk dah belog ni. Hahaha maaf maaf. Terlalu banyak benda yang jadi, cuma tak berupdate je. Firsttt of all, yeaaahhh belog aku akan kembali seperti sediakalaaaa ! NO MORE STORIES ABOUT LOVING DOVING !! :"))) Kenapaaa ? Eh act aku ada buat belog lain yang memanggg khas untuk aku luahkan perasaan cecececece. Hahahaha buttt belog tu punnn dah tak berupdate dah. Nak update apa lagi kann ? BENDA TAK JADI APA, pisah centu je hohohoh. Sebenarnyaaa still ingat kat dia HAHA bodohnya aku :") Tapiii takpe takpe, aku akan cuba move on. Yaaa chayok chayok !! Dia bukan jodoh aku kot hehehe. Bergenang senanya air mata ni, nak pulak tengah dengar lagu tercipta janji by chomel ni.

Okayy ! Berapa hariii je lagi kita akan meraikan RAYA HAJI !! Yeaaayyyhh. Tak kesahlah korang panggil Hari raya AidilAdha ke, raya korban ke hape ke, still untuk tujuan yang sama jugak kann ;))) Dan nampaknyaaa, raya haji tahun ni AKU YANG TERKORBAN hahahahahahahahaa. wahhh sadis sangat tu, asal doee ?

First of course lah sebab relay yang aku harap kekal, dah tak jadi apa. Yee sakittt sangattt ! Hmmm. Lepasni kitaorang akan terussssssssssssssss lost contact. Sebabb lepas je raya haji ni, dia akan sambung study. No phone no gadget pape punn, fokus dia hanya ilmu akhirat sajee. Sampaiiiiiiilahhh raya Aidilfitri tahun depan. Mulanya aku anggap ni sebahagian daripada pengorbanan dan dugaan yang kiteorang akan sama-sama hadap. Ternyata ... iman kami tak kuat :")) Takpelah aku anggap perpisahan ni ada hikmahnya. Aku kena redha. Perjalanan hidup aku masih panjang. Soooo to youu , aku doakan apa yang kau plan semuanya diberkati oleh Allah supaya semuanya berjalan dengan lancar. Kuatkan hati walau dugaan apa pun yang datang. Ingattt kita pernah janji nak jadi sahabat sebelum ni ? InsyaAllah, bila semuanya dah ok, kita kawan balik huhuhuhu :)

And untuk akuuuu, tak dapatt lah aku nak beraya. hmm yaa sebab naik jee cuti tuu 19 hb ada exam speaking for MUET. apa makna kebahagiaan pada aku ? And 1 min untuk menyanyi pape lagu mat saleh yang berkaitan dengan story happiness kita tu. Mamposssss. Aku nak present cakap kat depan pun dahh freezing, ni kan pulak sampai kena menyanyi. Herrrrrrrhhhhhhhh T_T Jujurlah aku cakap ehhh, AKU TAK LAYAN LANGSUNG LAGU BAHASA LAIN SELAIN LAGU MELAYU DENGAN LAGU INDON !! bukan nak poyo ke acah acah ke pe tapi memang aku tak minat hahahaha tu yanggg result SPM aku, BI satu-satunya yang cacat, C+ !! Kahkahkahkahhhhh.

Hmmm 21 hb pulak dah trial sem 1. Allahuuu cepatnya masaa! Bulan 11 pulak dahh exam sebenar. Hmmm belajar 6 bulan untuk 4.00 flat ? Yaa, hidup makin lama makin susah act T_T Okayy dah aku taknak semak kepala, aku nak make sure result aku better than ujian penggal 1 dulu. GUA TAKKAN GIVE UP LAH DERR huweyyhuweyhh. So tak beraya lah aku wehh. Balik kg pun on Tuesday je, tu pun balik hari. Akak aku keja. Uuuhh jelesss ! Akak and abang aku maju je dengan kerja memasing, while me?! Terhegeh hegeh lagi dengan stpm . Hmmm cepatlahhhhhh masa oiiiiiiiiiii, naik sem 2 penuh dengan kertas kerja pulak huuuuuuu fokus fokus fokus !!! K. 

Sunday, 21 August 2016

Fuuuh :D

Assalamualaikum. Amboi sengih2 pulak yee. Dah lama tak update belog, berani lagi nak sengih2 HAHA. Alaa alaaa bukannya ade orang baca pumm kann! Dah berbulan dah belog ni aku private. Takde sape boleh baca. Since bulan 3 kot. Ahahahah sebab apaaa? Sebab aku dah start balik dok update pasal hati perasaan bagaii bagaiiiii so sebelum kena kecam or ade kaki sibuk nak tau life orang, baik aku private jeaaa! hihi! v_v (pieceee!)

Okey nak cite apa eh? Hmmm.

Pelajaran dulu ah. Haaaa ujian bebaru ni teruk gila result huhu. Muet perghhh teruk dapat 22 per 50 kot. Haa tak ingat T_T Tapi lebih kurang ah. Yang speaking pulak hahahaha lagi teruk dapat belas belas jeee. G mateyy ah. Esok2 aku try lagi boek. Okay ;)) Haa pastuu subjek Sejarah. Weeeyy dulu kecoohhh cakap ni harapan aku la bagai bagaiii sekali GAGAL! HOHOHO. Dapat 46 per 100. Weyy lagi 4 markah je nak lulus sooobbsss :"( Entah la weh. Salah aku ahh sebab pagi nak exam tu baru terhegeh2 nak baca buku. T_T

Lepastu subjek Pengajian Am lak. Erghhhhh objektif aku dapat 5 per 15 je wehhh! Padahal aku rasa jawapan aku dah betul abis dah tu. Haaa pandaii korang putar belik soklan ekk! T_T Pastu yang bahagian struktur Alhamdulillah dapat 14 per 15 :"))))) Terubat jugak rasa hati hukkhukk. Yang bahagian esei lagi cam haremmmm! Kau bayangkannn dah la kena jawab 2 esei. Satu esei kena 300 hingga 350 patah perkataan. Aku pun buat ah pasal rasuah and penderaan kanak2 enn. Pp aku melebih2 kott, sampai nak dekat 500. Sekaliiiii esei rasuah aku dapat 15 per 25 je T_T Yang esei kedua lagi cam kim.k sebabbb dapat 10 per 25. Kau ghaseeee?! Apa teruk sangat ke haahhh! Hahahaha banyak gak ahh aku dapat TR yang bermakna tak relevannn. Hmm yolahhhh aku redhaaaaa. Subjek ni lulus cukup2 makan je. Hahahaha 51%, o.k.e.y T_T

Subjek Ekonomi. Jeng je jengggggg! Subjek yang selalu aku sumpahh HAHAHAHA pengganti math ni weh. Hmm killer subject for me T_T Dalam kelas aku kan ade 36 orang pelajar. 26 orang wehhh gagal termasuk 4 orang tak datang exam T_T Kau ghaseeeeeeeeee?!!! 10 orang je weh luluss HAHAHAHA. And kau rasa aku lulus ke gagal ? :"3 Hahahahaha semestinya laaaa akuuuu errrr aku lulus weeehhhhhhhhh! Like seriously?!! Hewwhewwwww XD Alhamdulillah ya Allahhhh. Satu permulaan yang baik , yeaaayy ! ;))) Walaupun markah lulus aku poonnn cukup2 makann je, 51% gak kehkehkeh but okay la tuu dari subjek sejarah yang aku gagal tuuh! Erghhh =..=

Sekarang ni subjek BM je yang belum dapat. Tapi cikgu cakap ade student yang dapat 2 per 25 jeee untuk soalan objektif. Gulppp! Mohon laaa jangan aku wehh =.= Hmmm tapi ade pulaaaakk budak yang dapat 25 per 25! Kau makan apa shiaaaaa? Rasa macam dah tauu sape yang dapat hahahaha sebab ade budak tuu memang pandai. Eko dapat 91, sejarah dapat 84, pengajian am je dia gagal itu pun dapat 49, sadisss lagi 1 markah je. sabar jolah T_T

Haa lagi nak tau apa ?? :333333

Family? haaaa semuanya bahagia je.
Nak tau apa lagi ni? haiiihh. Ehh apa dia? Pasal IM aku? Kehkehkehh :PPP

Hmm ;)) Last update gaduh en haha Alhamdulillah laaa dah pulih balik. Baaiii gaduh dekat seminggu tu baiii. Gila ego memasing huhuhu. Aku ah yang salahhhh, aku cakap aku dah bosannnnn tapiii dia jugak yang carik aku hukhuk terharunya :"))))

Ya Allah, kuatkan la hati kami ni ya Allah. Jadikan lah dia jodohku yang terbaik. Aku tak mau yang lain selain dari dia ya Allah. Aku sayangkan dia sangat ya Allah. Allah maha Melihat, Allah juga Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati ni.

Ikutkan dah lama dah give up tapi Alhamdulillah masib bersamaaaa :"DDD
Okey tu jelah nak cakap. Aku takut ........ takut sebab tiap kali aku update pasal relay kiteorang kat belog ni lepastu mesti kiteorang gaduh. aku pun taktau ahh pesal T_T Jap g nak jumpa ni jangannnn la bergaduh lagii. Letih bakhangg nak bertekakkk je T_T Okeyy lah gerak dulu yepp. Baibai, Assalamualaikum :)

Update terbaru **23 ogos 2016**

Huiii pagi ni dapat dah subjek BM. Hohoho. Pelik sungguh takdir aku ni hahahaha. Haaa dalam 36 orang pelajar tuu, cuma 4 orang je yang lulus. Yeee 4 orang ye kawan kawan hahahaha mohon jangan terkejut sangat :")))) Semuanya dak pompuan melayu, 3 orang dapat 51% T_T and sorang markah tertinggi, 57%.

Aku punya objektif dapat 10 per 20. Sowyyy salah info, bukan per 25 tauu tapi 20 :) Pastu yang bahagian pemahaman lak aku dapat hmmmm dapat 15 per 30. Hahahaha apa ni wehhh semua main separuh2 ni :O Lepastuuuu bahagian karangan tuu dapat 26 per 50. Ehh separuh gak cuma lebih 1. Hmmm pp kena buat 600 hingga 650 tapi aku buadd 659. Alhamdulillah selamatttt dekat situuu sebab kalau tak cukup pp kena tolak markah :( So markah aku huhuhu 51% je. HAHAHA separuh lagi. KKKKK. And asal markah lulus aku semua samaaa? T_T Eko, Pengajian Am and BM = 51%. Eh ehhh. XD Sejarah je spoil 4 markahh je lagi weeeehhh hmmm. Muet jangan cite ahh, malas nak pk hehehe :)

Haaa yaya, Alhamdulillah lepas aku update belog hari tuu takde lak gaduh ngan dia. haha so belog ni takde sumpahan kot just err ya kebetulan. Ok la byee. 

Tuesday, 9 August 2016

UJIAN.

 Assalamualaikum. Ujian sem 1 dah habis, now tunggu trial and exam sebenar je. 

Hari ni family aku g kelantan, kaklong dah boleh balik. tinggal aku and adik kat rumah. Aku ponteng kelas hari ni ha ha ha. Semalam sehari suntuk kepala aku berserabut, rasa tensionnnnn yang amat! Aku rasa aku tak pernah tertekan macam semalam. Kepala peninggg sangat :')) Nak tau kenapa ? HA HA ye sebab kan si diaaa. Act malam Ahad tuu kiteorang kemain baik lagi. Esoknya Ahad aku tak on sangat sebab yelahh Isnin nak sekolah kan. Malam tu baru aku on, bukak bukak je rasa bahagia sebab dia dok menyeru "Oiii sayanggg muncullahhhh" Hehehehe. Tapi aku on dah kol 11 and tu waktu tido aku. Aku terus say sorry nak tido. Dia kata dia tunggu aku hmmm. Okey maybe salah aku la kann :(
Esok petangnya aku on. Guess what?!! Dia tak tegur akuuuu. Biasa dia kejutkan aku bangun tidooo :"( Tapi sayangnya yaaa dia tak tegur. Tetiba aku perasan dia gi komen kat status awek dia. Cakap bapaaaak lembutttt dengan akuuu huhu jarang nak cakap cenggituuu :"(((( Tu yg aku frust gilaaa! 

Pastu malamnya aku tunggu dia tak tego gak. So aku rendahkan ego aku, aku tegur dia. Dia cakap dia kat airport sebab mak ayah dia kan baru balik dari kemboja. Hmm so aku pun takpelahh, bagi dia masa settle apaapa yg patut dulu. Dia cakap dia tak kesahh, tapi dia reply lambat :( sedangkan waktu tu ma and pa dia tengah solat so apa yg dia busy sangat :( Malam tu kol 12 cam biasa dia on and yeaaahhhhh dia tag pulaaakkkk status dekat ex dia DENGAN aku sekali!! Tapiiiiiiii dia pegi mention nama pompuan tu duluuuu :"((((((((

Dekat kol 2 aku tido weh. Dengan kepalanya serabut, dok pk topik presentation bm tak dapek dapek, so hari ni aku ponteng kelas ha ha sebab lelaki. KKKK.

Hari ni aku rendahkan ego aku lagi :") Aku wish morning kat diaa, nasib baik ahh dia perasan yang aku tak datang kelas hari ni hehehe. Aku cakap aku peningg layan perangai dia yang satu tuu :( Aku jujur dengan dia, aku harap dia faham and tak anggap benda ni memain :( Dia terus explain dekat aku pompuan pompuan yang dia tag tuu sape dalam hidup diaa. KONONNYA ex dia tuuu adik angkat diaaa haaaaaaaaaaaaa yelaaahhhh!! 

Aku taktau lahh, hubungan ni masih lagi hambar. kepala pun masih lagi pening aduuuuhaiiii. Bilalahh nak ade duit sendiri nieee, nak g SPAAAA! :"( Besok rasa cam nak ponteng lagi O.O tapiii hmm banyak lak aku terlepas silibus kangg! Aduhaiii trial nak dekat dahh alaaaaaahaiii. Wehhh sumpah sakit kepala wehhhhhhhhhh!

Ok la biasanya kalau aku update pape dekat belog ni confirm kiteorang gaduh, taktau ahh cam dah ade sumpahan hahaha tak caye tengok ah nanti. Papehal aku roger sini kbyee. Nah aku share luahan hati aku masa aku stress semalam. Ni baru siket wehhh hahahahaha. Baca ah kalau tak malu :33

silap besar bila kau dengan dia, kau abaikan laki lain yg nak kat kau. then, bila dia abaikan kau haaa kan dah hilang sparepart, tanggung ah frust sensorang, dia dah bahagia dengan pompuan lain :')
carik aku bila kau bosan je. bila tak bosan .. kau lupakan aku :') Sakit hati weyh. banyak kali akuu bagi peluang tapi dia terus buat salah yang sama. penat cemni :')
Aku taktau la apa yang kau nak sebenarnya. ohh aku taw kau dah bosan. takpelahh bahagialah dengan orang lain ehh
dengan aku kau tahan sebulan dua seminggu dua sehari dua tapi dengan pompuan tu dua tiga tahun kau sabar. diaaa je anggap kau abang, tapi kau anggap dia apa bodohh! Hmm, susah weh nak faham kau. kau mintak aku jadi sopan, aku try but at last apa kau buat kat aku? kau yg kasar ngan aku :') Ni memang ah silap besar aku dah ah life aku cuma duk umah main pesbuk je, pastu dia sorg je kawan chat aku hahahaha haa dah tu cane nak lupakan dia?
Nyesal gak ah terus terang loveu kat dia hari tuu, now dia dah menang dalam game dia :') tahniah ah bro 󰀀
kau tak payah ah nak sorokkan perangai dengan agama kau. kau belum cukup baik bila kau mainkan hati pompuan! kau tak ikhlas sayang dia, kau tak ikhlas layan dia. baik buruk kau, dia terima tapi satu keburukan dia, kau pandang hina forever. Fineee
Aku dah penat weyhh penat fikir pasal kau sampai member2 aku asyik kena marah je kat sekolah, syukurlah dorg memahami
Nak harap kau tenangkan aku, sampai mampoihh pun kau tak faham apa yg aku nak!
Aku cuma nak perhatian, aku tak pernah mintak benda bebukan kat kau. CUMA PERHATIAN, kalau tu pon kau susah nak faham, maaflah aku kena move on sekarang. Bye :')))


Jenis aku, kalau aku sayang kau, aku dah tak peduli dengan orang keliling aku sebab kasih aku, perhatian aku, masa aku semua aku dah bagi untuk kau sorang. Tapi, kalau tetiba aku berubah, aku dah tak tegur kau, aku dah start busy, aku dah start layan orang lain, sila terima hakikat yang aku dah tutup hati aku untuk kau. Masa tu, kau jangan tanya kenapa lah kan sebab yang jelasnya, aku berubah sebab aku dah penat bila kau asyik sakitkan hati aku. Maafkan aku sebab ganggu hidup kau selama ni. Aku tau kau masih tak dapat lupakan ex kau, aku datang setakat untuk hilangkan sunyi kau je. Bila kau dah bahagia, kau lupa aku juga 🙂 Maaflah, lepas ni aku tak dapat dah nak temankan kau. Cukuplah setakat ni, aku nak cari bahagia aku sendiri 🙂 Apapun, terima kasih sebab pernah datang dan bagi aku rasa kesakitan dalam pengalaman, betul-betul menguji aku haha. Tapi aku percaya, apa yang jadi ni, setakat nak kuatkan semangat aku je. Aku dah lupakan semuanya, aku percaya takkan bagi kesan apapun dekat kau 🙂 Pergilah awak, orang dah letih, selamat tinggal :')


Redhalah dengan takdir Allah, barulah rasa tenang dan bahagia je hidup 😊 Abaikan je tudung tu, baru balik dari alumni sekolah JASA, makanan dapdap sambai serabai tudung dibuatnya 😛



Thursday, 21 July 2016

Ujian Penggal 1 !!

Assalamualaikum. Tanda !! Bukan bermakna excited ye. Tu nak tunjuk yang aku neves !!!!!!!!! Hahahaha tak nak cakap cemana sobbss !! Taktau la apa nasibku nanti kihkih dah kena warning dengan pak pak sedara kahkahh. When my mom tanya dah berapa percent studyy, my answer still ntah. Kah kahh ! Seriously tak baca apa pun lagi hahaha padahal exam 26 kot huhu ~.~  But still tak buat revision lulllz :(

Heyy ingat tak post terakhir aku yang pasal HATI tu? Hahahahahahaha baca balik enn bapakk la jiwanggggg XDDDD Masa tuu mmg pk gaduh besar ah ~.~ Konon ar 14hb nak move on tapiiii lepas je post, online balik, sambung chat HAHAAHA loser bebeno! x.x

Emm :") :(((

Heee, Alhamdulillah la tak gaduh lama pun. Sekarang ni Alhamdulillah makin bahagia, makin dekat dan makin selalu berhubung syukur Alhamdulillahh :") Takat nie tu jelah yang boleh aku cakap hekhek. Soooo berbalik pada exam tadi, doakan untuk aku weeehhhh. Aku cuakkkk ahhhhh.

Pengajian Am hmmm risau part esei ahh, kalau ade kbat lg matey.
Bahasa melayu perghhhhh bapak banyak gilaaaa kena bacaaaa. Bukan sebarangan toqqq hahahaha. Tadi kiteorang tengok satu kertas yg cikgu ajar cara penandaan ennn, tau dapat bape? 14 per 50 je weeyhh! kau ghaseeee. Yang bahasa dapat 2 per 15 jee huwaahuwaaaa sebab ada palang yg 2 kali tuuu dah lebih dari 20 so paling banyak boleh dapat 2 je. Yg palang 2 tuu tanda kesalahan mandatori, salah besaq -.- Ehhh wait tu bukan kertas aku okey hahahaha kalau kertas akuu tah berapa tah markah dia -..- ntah ntahhh emmm :33  Heyy tak yah la cakap ek eleh bm je kottt hahaha meh sini masuk form 6 dulu, baru leh cite senang ke tak. Ajetajet je lu ni minah -.-

Sejarah lak hmmm awat makin bertambah tambah bab diaaa !! memula cakap sampai bab 4 jeee tetibaaaa sampai bab 5 pulak. Dah la banyak gila bahabi hohohoho ! Emm entah apalah yg aku nak ngarut masa exam nanti uhukss dah ah takde abcd sume bergantung esei semata-mata :OOO

EKONOMI !!! HUWARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH tk dapat digambarkan dengan kata kataaa. MasyaAllahhh :"((((((((((((((((((((((( Malas nak cakapp, tengok ar cemana nanti kbye.

Muet? Hm entah -.-"

Tu je, ehh k masa 20/7/16 kann, semalam lorhhh ade jamuan hari raya, merdeka and persaraan dekat sekolah kiteorg. wuhuuu meriahhh. meh ahkak belanja satu gambar yeeww :PP nak cite full tunggu nanti k gerak lu pape roger haha. 

Muah ciked :*

Thursday, 14 July 2016

Hati

Assalamualaikum.

Hati ni mudah berbolak balik. Hari ni sayang, tapi esok dah melayang :") Hari ni kata cinta, besok kau balas dengan dusta. Hari ni aku senyum sepanjang hari, tapi esok aku menangis setiap malam. Hari ni kau milik aku, tapi esok ... Kita jadi orang asing.

Hati ni nak kata suci, dah tak dan dah hahaha. Maklumlah sebelum nikah dah ada makhluk lain huni kat situ. Pulak tu, kalau dah sayang, sayang bebeno. Sebab tu bila terluka, MasyaAllah sakit sangat kat hati hahaha :") Tapi dia pun apa kurangnya, pernah mencintai yang lain. Tapi, tu semua kisah lalu, kenapa masih wujud benda tu sampai ke hari ni? Hati tu satu jadi jangan nak kongsi kongsi ngan orang lain. Kalau nak dia, pergi kat dia. Jangan cari aku dah :")

Aku bukan bodoh dari menilai orang tu dah bosan ke tak dengan kita. Masa belum dapat, kau beriya iya. Siang malam tak henti memujuk. Bila dah dapat, ceni kau buat hahahaha :") Taktau nak nangis ke nak gelak, rasa dipermainkan siot haha :)

Cakap sayang aku, cakap rindu kat aku, cakap cintakan aku, tapi? Bila ada masalah, dia jugak yang kau cari. Bila ada benda happy nak share, kau share dengan dia dulu. Bila nak g mana mana, kau cakap kat dia dulu. Aku? Aku selalu jadi orang terakhir yang tau. Kat situ je aku tau aku tak penting pun dalam hidup kau. Kau memang bagitau aku tapi cukup sekadar bagitau .. Bukan sebab taknak bagi aku risau ke apa. Sedangkan bila kau takde kejap je aku dah risau, mana kau pergi, kau tengah buat apa, dengan sapa, dekat mana, tapi kau taktau kan ? :")

Aku pernah cakap aku sayang kau, aku rindukan kau tapi apa yang kau balas? Kau langsung tak appreciate pun kan? Kau macam takde perasaan. Dulu yee aku buad kau macam tuu, kau kata sayang and cinta aku, tapi aku tak balas. Tapi bukan bermakna aku tak suka, kan aku ada bagi hint macam aku suka, cuma aku belum bersedia untuk balas balik. Kenapa belum sedia? Belum sedia macam ni lahh.. Bila aku dah start sayang, memang selalu jadi ceni, ending dia, aku sorang yang berharap hahaha terbaik rasa dia :"))))

Weh, aku nak tanya boleh? Mana diri kau yang dulu eh? Yang selalu ada bila aku nak bercerita. Yang selalu support aku bila aku down. Yang selalu buat aku tergelak bila aku sedih and stress. Yang selalu kacau aku. Yang selalu cari gaduh dengan aku. Yang selalu ada masa untuk aku. Yang selalu .. Allah, aku tak mampu. Aku tak mampu nak ingat semua tu. Hati aku sakit. Sakit sangat weh. Kalau lah kau boleh rasa dan faham .. :"))

Mungkin .. sampai sini. Hanya mampu di dunia, bukan kekal ke syurga. Kalau dia yang kau gila, yang kau nak, aku redha weh. Aku cuba ikhlaskan hati aku. Bukan aku tak nampak yang kau tengah kejar dia. Aku tak buta nak nilai semua tu. Aku sayang kau tapi kau sayang dia. So, no point. Lebih baik kau kejar dia sampai dapat daripada kau dengan aku, dan aku tak mampu nak bahagiakan kau macam yang dia boleh buat. Aku bukan mengalah, cuma aku dah belajar erti redha. Aku dah belajar erti tawakal. Aku dah usaha untuk dapatkan kau tapi tu lah, aku gagal :") Jadi, biarlah sampai sini jea.

Tiap tiap pagi kejutkan kau. Tiap tiap malam temankan dia. Tapi sekarang, takkan ada dah. Aku akan pergi jauhhhh dari hidup kau. Aku akan hilangkan diri aku. Aku nak senyap je lepas ni. Aku nak ada masa untuk diri aku sendiri pulak. Dan bagi masa untuk kau. Kalau kau sunyi dan sedih bila aku takde, then kau cari la aku. Aku akan selalu ada untuk kau. Tapi, kalau kau takde rasa pape, then .. kita teruskan dengan hidup masing masing okey :") 

Buat kerja kita, usaha. Biar Allah buat keja Dia, menentukan ..


17.1.14
22.8.14
5 &6.10.14
12.6.15
6.5.16

20.5.16 - 14.7.16