Saturday, 17 September 2016

Cabar diri

Assalamualaikum. Selamat hari raya Aidiladha semuaa ! :) Maaffff sangat sebab dah terlambat bebeno hahahah. Raya hari isnin, wish hari sabtu zzz. Okay aku balik johor hari selasa. tu pun balik hari sebab akak aku keja. So pagi tu kol 7 lebih gak ah gerak dari rumah, sampai johor dekat kol 10.45 kot. Sampai2 je depan rumah penuhhhhhhh dengan kaum Adammmm. MasyaAllahhhh! nasiblah aku ni memang pakai kainn, akak aku tu dengan heels segalai bagaii haa padan muka :P Dorang tengah layat daging kambing. Time aku nak salam atuk and pak pak sedara, benda pertama sekali aku perasann ehhh nsem ah mamat ni, anak jiran mana ni hahaha baksoss! Takdelahh aku tak usha pun :P Aku perasan KEPALA KAMBING!!! dah lah hitam legam! Huwahuwaaaa kalau raya korban niii tuuu lah benda aku palinggg taknak tengok, yela dengan darah2 semua kann T_T

So abang n adik tolong ah kat luar. Aku, mama and akak aku masuk rumah dulu. Sarapan kejap hoho. Pastu santai2 tengok tv, yelaaa  nak tunggu orang laki layan daging tu dulu, lepastu sorang demi sorang masuk "Batang pinang batang pinang !!" "Ekor ekorrr" Hahahahaha macam jual kat pasar kekdahnya. Aku, mama, kaklong, makcik and nenek potong daging. Makde, mak ngah and anak2nya potong ekor dan segala organ dalaman yang lain T_T Makde siap menjerit lagi "NI KALAU TAKTAU POTONG, MALU DENGAN MAK MERTUA TAUU!!" Pastu makcik cakappp "Alaa beli pasar je senang" Bhahahaha kita geng lah makcik! kahkahhh!

Zzzzzz sepanjang 18 tahun aku hidup, tak pernah derrr nak potong dagingg! Hmmm even daging kambing tu punnn aku tak makan wehh. aiiihh, tapi depan nenek kottt buat malu je kalau buat perangai gedik centu. Plus aku ni takboleh jugak bau darah dia, tapi nak rasa pengalaman kannn. Ada lah jugak modal nak cite kat belog ni haaa. Aku potong tu LEMAK DIA LIAT nak matii, pastu jari hantu kanan aku asyik bergesel dengan simen, sampai sekarang berbekas T_T

Tapi aku syukurlah dapat rasa pengalaman ni. Lepas je Asar, kol 5 lebih gerak serdang balik. Sampai sini kol 8 lebih. Balik je rumah, mama terus agih2kan daging lebih and bagi dekat jiran tetangga. Esoknya mama terus masak daging tu T_T Aku goreng telur je bahah! Okeyyy tu je cite raya aku.

Haaa nak tau tak, 15/9/16 tetiba je im tegur aku balik. dia wish selamat hari raya, aku pun balas jelah. Huhu walaupun kekok kann! Dan sekarang memasing senyap balik. Bahahhh. Ohh 22/9/16 dia balik madrasah dahh :")) Selamat tinggal, jaga diri... Jumpa tahun depan, kalau panjang umur dan murah rezeki. Bye. 

Sunday, 11 September 2016

Kenangan Itu, Meninggalkan Rasa yang Sangat Memilukan.


Sakit bila teringat saat kita pernah janji nak jadi kawan baik. Sakit bila teringat yang kau kata sayangkan aku. Sakit bila teringat yang kau kata aku ni penghibur masa kau sedih. Entahh...benda-benda tu semua perlahan-lahan beransur pergi? Dan... sakit untuk aku ucapkan selamat tinggal. Berat kat hati ni weyh, haha :")) Aku cuba terima takdir Allah ni tapi... sakit wehh, sakitt !! Dulu, kita satu jiwa..Masing2 kepala biul tapi kenapa semua tu dah makin hambar ?? Ye betul.. jangan suka aku, aku ni ego, panas baran hahaha.. aku pun tak paham ngan diri aku kengkadang tu..Takpelah perpisahan ni jadi mesti ada sebab..Bak kata kau, kau datang dalam hidup aku mungkin kejap dan mungkin lama.. Dan nampaknya kita dah jumpa jawapan dia kann ?? Allah pinjamkan kau untuk aku sementara je..Tapi dah cukup buat aku gelak cam orang gila dan nangis cam orang gila jugak hahaha..Pergilah.. Pergi kejar impian dan cita2 awak...Kalau kau tak mintak aku doakan pun..aku tetap akan doakan untuk sahabat aku sorg ni.. Ingatt...aku sayang kau weyh..Demi Allah, aku sayang kau...Aku minta maaf sebab aku pun terpaksa pergi..Aku tak dapat pegang janji aku untuk tunggu kau..Aku takkan tunggu kau...Aku kena pergi..untuk kebahagiaan kau dan jugak kebahagiaan diri aku sendiri..aku terpaksa mungkir janji..Aku mintak kau halalkan segala2nya...Tipu lah kalau cakap aku tak rindu kau...haha setiap masa aku ingat kat kau...tapi takpelah, lama2 aku kena biasakan diri aku hidup tanpa kau...Goodluck for your future..aku ade kat belakang kau sebagai seorang sahabat :")) janji yang pernah tercipta ni...jadikan sebagai kenangan yang tak mampu kita tunaikan..Assalamualaikum :)

Saturday, 10 September 2016

Raya Haji Single-Mingle, Naik Cuti, Trial Sem 1 !

Assalamualaikum. Waduuh berhabuk dah belog ni. Hahaha maaf maaf. Terlalu banyak benda yang jadi, cuma tak berupdate je. Firsttt of all, yeaaahhh belog aku akan kembali seperti sediakalaaaa ! NO MORE STORIES ABOUT LOVING DOVING !! :"))) Kenapaaa ? Eh act aku ada buat belog lain yang memanggg khas untuk aku luahkan perasaan cecececece. Hahahaha buttt belog tu punnn dah tak berupdate dah. Nak update apa lagi kann ? BENDA TAK JADI APA, pisah centu je hohohoh. Sebenarnyaaa still ingat kat dia HAHA bodohnya aku :") Tapiii takpe takpe, aku akan cuba move on. Yaaa chayok chayok !! Dia bukan jodoh aku kot hehehe. Bergenang senanya air mata ni, nak pulak tengah dengar lagu tercipta janji by chomel ni.

Okayy ! Berapa hariii je lagi kita akan meraikan RAYA HAJI !! Yeaaayyyhh. Tak kesahlah korang panggil Hari raya AidilAdha ke, raya korban ke hape ke, still untuk tujuan yang sama jugak kann ;))) Dan nampaknyaaa, raya haji tahun ni AKU YANG TERKORBAN hahahahahahahahaa. wahhh sadis sangat tu, asal doee ?

First of course lah sebab relay yang aku harap kekal, dah tak jadi apa. Yee sakittt sangattt ! Hmmm. Lepasni kitaorang akan terussssssssssssssss lost contact. Sebabb lepas je raya haji ni, dia akan sambung study. No phone no gadget pape punn, fokus dia hanya ilmu akhirat sajee. Sampaiiiiiiilahhh raya Aidilfitri tahun depan. Mulanya aku anggap ni sebahagian daripada pengorbanan dan dugaan yang kiteorang akan sama-sama hadap. Ternyata ... iman kami tak kuat :")) Takpelah aku anggap perpisahan ni ada hikmahnya. Aku kena redha. Perjalanan hidup aku masih panjang. Soooo to youu , aku doakan apa yang kau plan semuanya diberkati oleh Allah supaya semuanya berjalan dengan lancar. Kuatkan hati walau dugaan apa pun yang datang. Ingattt kita pernah janji nak jadi sahabat sebelum ni ? InsyaAllah, bila semuanya dah ok, kita kawan balik huhuhuhu :)

And untuk akuuuu, tak dapatt lah aku nak beraya. hmm yaa sebab naik jee cuti tuu 19 hb ada exam speaking for MUET. apa makna kebahagiaan pada aku ? And 1 min untuk menyanyi pape lagu mat saleh yang berkaitan dengan story happiness kita tu. Mamposssss. Aku nak present cakap kat depan pun dahh freezing, ni kan pulak sampai kena menyanyi. Herrrrrrrhhhhhhhh T_T Jujurlah aku cakap ehhh, AKU TAK LAYAN LANGSUNG LAGU BAHASA LAIN SELAIN LAGU MELAYU DENGAN LAGU INDON !! bukan nak poyo ke acah acah ke pe tapi memang aku tak minat hahahaha tu yanggg result SPM aku, BI satu-satunya yang cacat, C+ !! Kahkahkahkahhhhh.

Hmmm 21 hb pulak dah trial sem 1. Allahuuu cepatnya masaa! Bulan 11 pulak dahh exam sebenar. Hmmm belajar 6 bulan untuk 4.00 flat ? Yaa, hidup makin lama makin susah act T_T Okayy dah aku taknak semak kepala, aku nak make sure result aku better than ujian penggal 1 dulu. GUA TAKKAN GIVE UP LAH DERR huweyyhuweyhh. So tak beraya lah aku wehh. Balik kg pun on Tuesday je, tu pun balik hari. Akak aku keja. Uuuhh jelesss ! Akak and abang aku maju je dengan kerja memasing, while me?! Terhegeh hegeh lagi dengan stpm . Hmmm cepatlahhhhhh masa oiiiiiiiiiii, naik sem 2 penuh dengan kertas kerja pulak huuuuuuu fokus fokus fokus !!! K.