Friday, 4 December 2015

Dabel You Ti Ef [[ WTF, JANGAN Mencarut, Dosa Tanggung Sendiri ]]

Hai :)

Dah pukul 2 ni, hati hati balik solat Jumaat tu, tauu :)

Mana yang nak sambung niaga tu, kerja elok-2 k :)

Mana yang tak sempat makan tadi, lepak luuu, makan siket, kang gastrik :)

Aku ,

Hmmm tadii aku nangis lagi :"(

Nangis ingatkan arwah Pak Yus. Walau bukan sedara terdekat, tapii ,

Lawak Pak Yus dekat dengan hati :")

Betul, tak tipuu. Aku mohon sesangat JANGAN tutup insta arwah,

Tu je satu satunya tempat untuk aku lepaskan rindu, walaupun arwah tak kan balas komen peminat peminat yang tengah sedih ni lagi :")

Dekat seminggu dah arwah pergi, jangan putus kirimkan doaa, tu yang arwah pesan kan :")

Ada sorang akak ni ngadu kat arwah, sedih sebab mak ayah pergi umrah,

Pesanan terakhir arwah "Doakan banyak-2 untuk mereka ya" Tu yang terakhir :")

Persembahan terakhir arwah dekat JuaraParodi, arwah minta "Kalau ada duit, undi. Kalau takda, doakan pun dah cukup"

Sedih :"( :"( Hmmm.

Yang hidup kena teruskan hidup ಠ‿ಠ

***

Semalam sehari suntuk aku kemaskan baju dengan buku-2 sekolah. Penat hoii ! Alhamdulillah 80% done !

Tengah belek rak buku, duh duh duhhhhh,

Selama ni mati-2 aku ingat aku dah hantar borang nak masuk PLKN tu,

RUPANYA AKU TAK BAGI ! T______________T"

Patutlah tak dapat tawaran. Memang aku ingat tak dak rezeki, tapi rezeki nak mai lagu mana, kalau aku pun tak minta ? Adesss.

So nampaknya, memang bebetul takda rezeki lah kan hmm hmm.

Takpa, redha :)

No comments:

Post a Comment