Friday, 4 March 2016

Result SPM aku.

Assalamualaikum. ada orang jenis yang terbuka dan ada jugak yang suka berahsia. Macam aku, aku jarang share pasal life aku dekat orang, so that aku punn create lah belog ni as my hobby and my therapy. Dekat belog ni kita boleh story everything enn but kalau kau dah melalut cite dalam kelambu, haaa tu kau tanggung la sendiri muehehehe. Sepanjang aku blogging, result exam aku tak pernah cakap adalahh, ok2 jee hahahaha, mesti aku akan cite detail punya. Sama jugak macam result PMR aku yang hampeh tu -_- Dapat 2A 3B 3C hahahaahha tapi aku tak malu pun cite kat belog :P

Semalam, 3 Mac 2016, pukul 11 pagi, result spm dah pun keluar :O aku gerak dari rumah sensorang jeee, dalam pukul 10.45 pagi centuu~ Mak aku cuti, tapi sebabkan dia sakit kaki so aku mintak dia rest dekat rumah jee. aku tak kisah pun pergi sensorang haha, tapi mak aku dekat rumah, dah nangis2 dahh sebab kesian dekat aku huhuhuhu takpelah ma, kan mama sakit :")

So aku jumpa Shira dekat bus stop and kitaorang terus gerak balai Seri. Kitaorang tunggu pengetua berucap. Tapi dalam 11.50 centu, baru pengetua mai haha but ada reason laaa, sokey2 :") Cikgu cakap sekolah kitaorang result menurun T_T Well, satu Malaysia tau kot yang result SPM yang 48000 orang yang amek tuu, markah menurun. Kat sekolah kitaorang jee, SPM 2014 yang dapat straight A ( 10 A ) ada 10 orang. Tapi tahun ni, 6 orang jee. Yang dapat 6A ke atas pulak, SPM 2014 ada 64 orang tapiii tahun ni, hmmm 41 orang sahaja. See, betapa menurunnya T_T Harap je ada TC semua, muahahahaa tapi macam tak berapa nak berfungsi. Aku salah satu yang masuk TC pun, keputusan macam ni je haa. Muehehe :")

Okeylahh, dimulakan dengan pelajar2 cemerlang dulu. 6A 7A 8A 9A 10A. Alhamdulillah kelas kitaorang yang dorang anggap kelas BAWAHAN ni, adaaaa jugak 2 orang tercalon dalam 8A, Alhamdulillah. Tahniah Aina and Syafiqah :") Korang memang layak dengan usaha korang yang tak putus selama ni (^^^)

Aku ???? HAHAHAHAHA tak dipanggil pommmmmmm! So aku dapat berapaaa? Hah hah hah. :O Masa tu rasa down sesangat weyy, serious. Then result kitaorang kena amik dekat makmal. Hmmm so gerak ahh g makmal. And u know what?! masa nak daftar tadi, minah 3 orang tu tibaaaa2 je berubah. Salah sorang tuu, dari jauh dah datang kat aku and peluk2, cakap rindu kat aku. Pastu dok tarik2 aku, dah lah depan orang so apa aku nak buad. takkan nak maki pulak. Dah lah lupakan je hal kecik tuhhh! :)

So lepas dah masuk kat makmal, lepak2 dulu. taknak amik result awal sangat lagipun cikgu tengah susun2 kat depan hehehehe. Pastu ekien tetiba jerit, bila tanya rupanya dia cek online, dia dapat 4A. Amboii, kemain excited hahahahaha. Aku pun tumpang happy lah untuk dia. Pastu yang lain2 dapat 3A, termasuk lah yang minah 3 orang tuu. Aku?? Nama aku yang terakhir sekali cikgu panggil lepastuu bila aku datang, dia buat dahi kerut2. Huiiishhh! Aku dah takut ahhh, yang pompuan semua ada A, at least 2 ketul, takkan sampai kat aku dah takda A langsung???? Aku nak nangis je dowhh haha :"(

Pastu cikgu cakap Alhamdulillah and bla bla bla. aku tak ingat cikgu cakap apa sebab aku tengah excited kan :3 Bila dapat je result huahuaaaa terus aku jerit and peluk cikgu sejarah aku :") Heh! Ada A laaaa :") Ce kita bandingkan result trial dengan spm sebenar eh. Orang cakap spm sebenar lagi senang dari trial, tapi ikut lahh kann, kalau belajar, kau dapat lahh, kalau fikir alaaaaa trial je kotttt, spm nanti wat lah betul2, hmmm memang tak dapat lah kot. macam aku, masa trial dulu aku sibuk sangat dok angau sebab sehari sebelum trial, crush aku datang raya rumah aku and ayat aku depan kakak and adik aku -_- besoknya exam terus ngantuk sebab tak cukup tido! Huuu :"(

So ni result TRIAL aku :

BI - 72 ( A- )
BM - 66 ( B+ )
Katering dan Penyajian - 70 ( A- )
Matematik - 46 ( D )
Pendidikan Islam - 66 ( B+ )
Sejarah - 61 ( B )
Sains - 58 ( C+ )
Tasawwur Islam - 54 ( C )

So ada : 2A- 2B+ 1B  1C+ 1C 1D. Alaaa nak senang 2A 3B 2C 1D la. HAHA teruk gila bapak kann :"( Aku putus harapan sangat dah masa tuu doh. Dan Alhamdulillah untuk spm sebenar, ni result yang aku dapatt..

BI - C+ ( Menurun woiiii dari A- jadi C+ hahahahaha aku taktau apa aku mengarut dalam kertas tu! )

BM - yeayyy dari B+ jadi A- Alhamdulillah ! :)

Katering dan penyajian - Alhamdulillah maintain A-

Matematik - Alhamdulillah meningkat. Dari D dapat B :)

Pendidikan Islam - Dari B+ jadi A-

Sejarah - Masih maintain dengan B. Ni pun dah syukurrrr sangat2 dah! :")

Sains - Alhamdulillah dari C+ naik jadii A-

Tasawwur Islam - Ni pun sama :) Dari C naik pada A. Yeayy! :D

Kesimpulannya : 1A 4A- 2B 1C+. kalau nak senang paham, result aku 5A 2B 1C. Haaaa naik 3 A. Yeayy!! ;D walaupun aku target at least 6A, em em emm tapi takpelahh, tu pun dah syukur gila dah. Cuma BI tu lah, aku taktau lahh hahahahahaha. Masa trial, kemain dapat A- sekali spm betul2 jadi C+. nak kata aku meniru?? Helloooo, fon pon aku tak pakai ok so aku nak tiru celah mana =_=

Okeylah nanti aku cite lagi detail. ni pon dah panjang sangat dah ni hahaha. Kbabaii. kemain entry spm sampai 3 :P 

No comments:

Post a Comment