Hello 2016 ! ! ALHAMDULILLAH sempat jugakk kita jumpa ye, tapii taktau lah untuk berapa hari kan. Mana tau tahun ni turn aku untuk _______ **isi sendiri** Hmm. 2016 dah datang ?!?! Ohemgeeee, cepatnya masaaa ! :o
*Gosok gosok mata**
*Cubit cubit tangan**
*Tampar tampar pipi**
*Tepuk tepuk perut**
*Hentak hentak kepala**
Adoooooooooooiiiii sakiiiiitttttttttt ! !
Eh aku tak mimpi la ye? Hmmmm :) Ada orang buat lawak tak jadi nampaknya HAHA kbaii.
Okeyy tahun 2016 ni untuk pertama kalinyaa ;
*Gosok gosok mata**
*Cubit cubit tangan**
*Tampar tampar pipi**
*Tepuk tepuk perut**
*Hentak hentak kepala**
Adoooooooooooiiiii sakiiiiitttttttttt ! !
Eh aku tak mimpi la ye? Hmmmm :) Ada orang buat lawak tak jadi nampaknya HAHA kbaii.
Okeyy tahun 2016 ni untuk pertama kalinyaa ;
- Tak payah balut buku teks.
- Tak payah tulis nama dekat buku.
- Tak payah iron baju sekolah.
- Tak payah risau nak bawak buku apa untuk first day.
- Tak payah risau kena masuk kelas mana.
- Tak payah buat semak nak basuh kasut sekolah.
- Tak payah tunjuk rajin nak kapur kasut sekolah.
- Tak dapat dahh nak hidu bau kedai untuk first day sekolah HAHA.
- Tak payah dah nak jawab exam bulan Mac, Jun dan akhir tahun.
- Tak payah susah susah nak bukak SAPS dah.
- Tak payah nak ajak mama datang sekolah ambik buku laporan hmmm.
- Tak payah nak buat KERJA SEKOLAH HAHAHAHA.
- Tak payah nak kena marah dengan cikgu dahh.
- Tak payah nak masuk koko loool !
- Tak payah nak gelabah tiru hmwk kawan pepagi buta.
- Tak payah bawak beg berat berat tiap hari rabu / khamis.
- Tak payah nak tinggal tinggal buku bawah meja, lepas tu hilang -.-"
- Tak payah nak usha budak budak junior dahh.
- Tak payah pergi tuisyennn :P
- Tak payah nak risau budak curi kasut aku ( 2 kali kena masa kat surau )
- Dan tak payah lagi lah nak buat apa yang budak sekolah buat.
- Dannn dengan sepayah payahnya aku nak gelak HAHAHAHA sebabbbb .....
- Aku tak boleh nak pakai baju kurung yang kain biru baju putih, tudung ada lencana tu dah.
- Aku tak boleh dahh nak menggelabah tiru member bila lupa / tak siap hmwk.
- Aku tak boleh dahh nak kena cubit / duduk luar kelas / diri bila tak siap hmwk.
- Aku tak boleh dahh nak dengar cikgu membebel ( nasihat sebenarnya )
- Aku tak boleh dahh nak bergosip pasal perempuan yang crush aku suka HAHA :3
- Aku tak boleh dahh nak USHA CRUSH ! ! Sobbbssss.
- Aku tak boleh dahh nak borak lama lama dengan member ( exp classmate aku )
- Aku tak boleh dahh pakai baju kateringg a.k.a baju chef.
- Aku tak boleh dahh nak masak masak dekat sekolah.
- Aku tak boleh dahh nak join Hari Kantin / Hari Guru / nyanyi lagu merdeka kat dewan.
- Aku tak boleh dahh dengar cikgu berucap sampai panas punggung. Terlelap dibuatnya :")
- Aku tak boleh dahh nak nyanyi lagu Negaraku, Negeri Selangor dengan lagu Sekolah.
- Aku tak boleh dahh rebut tempat hari pertama sekolah.
- Aku tak sempat cakap TQ Untuk SEMUA cikgu yang pernah ajar aku.
- Aku tak sempat bayar hutang buku aku kat cikgu.
- Aku tak sempat bayar hutang aku dekat kawan kawan.
- Aku tak boleh lahh hadap semua ni tsskk tsskk.
- Aku tak boleh tahan rindu aku kat dia dia dia atau kamu kamu semuaa hmmm.
- Dann paling special, aku rindukan 5 Ikhlas. Jujur dari hati akuu :")Masa sekolah tadika, aku kira aktif taw dalam bercerita. Nak nak pulak cerita hantu. Hahahaha. Bila time rehat je, aku sandar kat dinding nanti ada lahh bebudak datang nak aku cita hantu. Sampai masa aku Form 3 kott, ada budak sama tadika dengan aku siap cakap "Aku ingat lagi kau ada cite satu kisah hantu yang anjing melalak memalam tuu, sampai aku tak boleh tido 2 3 hari! Meremang bulu tengkuk aku" Aku pun dah lupa HAMPIR SEMUA cite yang aku pernah gebang dulu. Aku pun taktau mana aku dapat bahan nak cite hahaha. Aku rasa sebab aku banyak baca buku cerita "DETIK TENGAH MALAM" kottt? Haha.
Aku ada jugak sorang kawan baik. Nama dia Ehsan. Badan montel montel, pipi tembam macam pau. Tapi masa Darjah 1 dia kena pindah pergi Sabah :") Time darjah 2 aku kenal pulak dengan sorang pompuan ni nama Aisya. Muka sebijik minah Arab ! Haaa, dia ni aku layan boeeekk punya. Aku selalu belanja dia makan hahaha. Tapi, tak lama kendian dia pun kena pindah g Sabah. WHY SABAH ?!?!?! Hmmm.Rasa macam baru je sekolah rendah hahaha :) Naik van Pak Cik Aziz, zaman2 belajar bercinta haha. Aku pernah ada kes buli kat sekolah. Time darjah 3 ke darjah 4 ntah, ada sorang mamat ni nama dia Haziq taww, dia SELALU cari pasal dengan aku. One day tuu baru habis kelas muzik dengan cikgu Amran, dia dari tangga tingkat 3, pergi tarik tudung aku yang kat tingkat 2 ni sampai tercekik leher aku. Grrrr. Aku tunggu je dia datang kat sebelah aku, dia ingat dia sempat lari. Tapi sebab aku punya bengang kena malu depan kawan2 kelas masa tu, aku terus rembat tangan a.k.a siku dia guna recorder. Haaaaa menjerit dia sekuat kuat hati ( keluar suara jantan dia HAHA ) Sampai patah weyhh siku dia, lepastu aku kena panggil jumpa Puan Aishah kut. Huhh! Sejak dari hari tu, dia dahh tak berani kacaw aku. Kahkahkah, selama ni aku diamm, sampai dia dahh berak2 atas kepala aku kan heee. But Haziq, seriouslyy aku takda niat nak buat sampai kau patah tangan ke apa, cuma aku marah gila gila waktu tu. Andai kata kau terjumpa belog aku and kau terimbauu balik kenangan pahit tuu, aku minta maaf yee ? Hmm :")
Walau halus, tapi yang halus ni kalau bebetul kena kat tulang, boleh berdetingg tau. Haaaa :> Masa dekat sekolah rendah ( Darjah 4 ke 5 ntah ) ada sorang penganut Kristian kott, dia g hina agama Islam weyh. Walaupun aku bebudak, tapi aku sound dia paduuu punya hahaha. Dia punya marah sampai naik merah mata dia. Iiishhh ! :P Besoknya dia pergi bawak mak dia jumpa aku hahaha, siotttt je. Aku siap cakap ahh kat mak dia "Kalau taknak orang kutuk apa yang dia percaya, so dia jangan lah mulakan" Mak dia krik krik je. Bila masuk sekolah menengah nii, selalu jugak terserempak dengan dia kat sekolah, kitaorang senyum2 je. Bila ingat balik, terasa bebudakkkk sangat! Haha memang bebudak pummm time tu :) Hai Resvin, ingat I ?
Masa tu jugak aku ada kes dengan sorang awek Sabah ni. Dia ni jenis yang macammm saiko dan baran SANGAT tau. Dia tu tak boleh orang tegur sikett, mesti dia melenting gila gila. Kalau setakat melenting, boleh lagi hadapp, ni sampai habis terpelanting semua barang. Cehhh, aku tak takut hahaha. Aku yang PALING KUAT sakat dia. Pernah sekali aku buat apantahh, lepastuu dia keluarkan gam and gamm meja DIA. Yes, meja dia! DAH KENAPA? Haha :P Kau bayangkan ehh, bebudak kelas aku semua TERUS LARI keluar kelas punya seram dengan perangai dia. Butt orang cakap tak baik gado2, at last darjah 5 ( akhir tahun ) dengan darjah 6 kitaorang jadi kawan baik. Tapi tak tahan lama, sebab dia kena pindah sabah bulan Mac. Hmmm. Dah 3 orang kawan baik aku pindah Sabah.
Sebelum Dayang pindah, dia sempat kenalkan aku dengan Airine. So bila dia dah pindah, aku kawan baik lah dengan Airine ni. One day ada budak baru masuk, nama dia Syafiqah. Haiih, mula2 semuanya okey je. Masa ada ceramah pasal mak bapak mesti aku melalak, bila ingat yeahhh kenangkan balik zaman bebudak aku yang tak seindah zaman bebudak orang lain :) Tapi bila dah dekat UPSR macam tu, dorang past dekat aku satu surat. Lebih kurang ceni lahh ayat dia,
Weyh, kitaorang rasa kitaorang dah tak boleh jadi kawan kau lagi. Kau selfish weyhh! Kau selalu pentingkan diri kau. Aku harap kau faham and tak kacau kitaorang lagi.
Aku baca dengan takda perasaan. Ouh okeyy, kalau tu yang kau nak. Tapi tiap kali salah sorang tak datang, haaa mulalah datang menempel kat aku. Tapi aku tak pernah mengungkit pun. Bila dua dua datang, dua dua tak layan aku haha :) Aku harap Dayang okey and tak sedih dengar cite ni sebab aku tauu dia nak aku jadi kawan baik dengan Airine bila dia takda, tapi aku tak mampu kalau orang tak sudi. Mungkin aku ni JAHAT GILAAA, sampai tak layak jadi kawan dorang so aku mengalah lahh ;)
Bila diumumkan masuk dekat sekolah mana, aku happy dengar dorang dapat masuk Desa Minium sama2. Aku pula masuk sekolah serdang :) Takda rasa apapun, aku ok je.
Bila masuk Form 1, target memang nak jadi budak baik HAHAHA. Tapi tak sangka awal tahun dah ada kes dengan budak senior. Sebelum aku start exam pun dorang sampai tahan aku. Dorangg 5 6 orang, aku dengan sorang bekas kawan aku nih, tapi yang menghadapnya aku lahh, sebab Capital S ni mampu diam je -.-"
Akak A : Ni ke budak yang poyo tu? Aku tengok takdalah bagus sangat.
Akak B : Tu lahh, bajett gud gud jerr.
Aku : Lah ? Sapa suruh cakap aku bagus ? HAHA.
Akak C : Eh kau boleh respect senior sikit tak? Kau tu baru Form 1, jangan nak tunjuk samseng pulak!
Akak B : Mentang mentang kau pengawas, ingat kitaorang takut ahh ?!!
Aku : Sapa pulak yang mintak orang takut dengan aku ni? Kalau kau nak aku respect kau boleh, boleh sangat sangat! Tapi dengan perangai korang yang macam ni, patut ke dapat respect dari aku. Dah lahh pakai baju ketat, seluar singkat macam sekolah kena landa banjir. Lain kali cermin dulu sebelum nak sekolahkan aku.
Akak D : Eh budak ni kannn, kena jugak ngan aku jap g kangg!
Akak E : Tangan dengan kaki aku dah rasa ringan dahh ni.
Aku : Dah lah, aku malas nak bertekak isu remeh camni. Jap g aku ada exam, so aku nak g surau, solat Asar kejap. Lain kali jelah kalau nak gaduh. Okbaii!
Akak2 tu : Woiii ! ! Kau nak g mana tu ?! Kitaorang tak habis lagi lahh !
Aku : **Tutup telinga and gelak kuat kuat** HAHAHA.
Aku memang saja je buat perangai annoying. Aku memang dah prepare dahh sebab sehari sebelum tu, ada member aku ( Ain ) datang and balat kat aku cakap yang dia kena sound tapiiii Ain senyap jee, haaa tu yang aku dah ready dari awal tu haha. Tapi memang salah dorang pun. Ada ke patut member aku pakai bedak punn dorang nak sound? Lantakk dorang lah enn. Ni dia g sound dekat depan bebudak laki. Malu lahh ann. Bila kawan aku tepuk peha aku suruh back up, tu yang aku menjawab so dengan aku aku sekali lahh dorang buat musuh. Sejak dari hari tuu, asal lalu sebelah jee mesti dorang cakap aku ni bajet bagus laaa, tunjuk berani sebab aku pengawas lahhh hahahaha tapi at last aku balas balik "Aku tak cakap aku bagus ! Kalau aku rasa aku ni bagus, mekasihhhh bebanyak ! Anyway, aku memang lagi bagus pun dari korang !" Pastu aku gelak kuat kuat dengan suara gedik + annoying. Haihh teruk teruk.
Satu hari tuu, aku teman kawan aku g toilet. Masa kawan aku masuk, kebetulan geng2 akak ni masuk toilet jugak. Tapi dorang panggil aku sebab ...
Weyh, aku nak mintak maaf la.
**Tercekik segelen air liuq** Dah kenapa pulak ni ?
Sorry ah sebab main sound sound kau an.
Ouhh, ahh takda benda lahh. hal kecik je.
Okey ah centu, choww ! :)
Oriteee, choww !
Nampak ? Senang je kitaorang berbaik. Aku pun bukan suka nak musuh musuh ni, aku gaduh sebab nak have fun je. Seronok tengok orang marah, menjerit terlolong macam orang gila. Aku ingat lagi, selang bape hari dorang tahan aku tuuu, salah sorang muka akak ni datang sekolah terus merah2. YES, SATU MUKA MERAH ! bukan setakat merah tapi sampai terkopek kopek ! Errr macam kena simbah asid pun ada tapi sumpah aku tak pernah doa yang bukan bukan untuk dorang. Hmm dekat setengah tahun jugak aku rasa kulit dia macam tu. And akak tu pun dah tak join sangat dengan geng2 dia yang lain. Ntah, kena sisih kot ? And akak tu lah orang pertama yang jumpa aku mintak maaf. Baik en, semua yang jadi ni ada hikmahnya :)
Okeylahh sebelum aku dipengaruhi emosi yang tidak tidak, baik aku chow. Nak g makan nasik goreng dulu. Hope sempat lah publish hari nii. Nak pusblish 1 Jan 2016 ! ! :) Doakan sis tabah sebab banyak SANGAT SANGAT SANGAT aku nak cite ni tauu :)
Haa, hari ni dah 2 Jan 2016 :) Teruskan baca kalau nak.
Zaman Form 2 ? HAHA zaman palinggg jahiliah untuk HIDUP SEORANG AKU. Cara hidup yang jahil, berkawan pun dengan manusia2 yang sama jahil. Aku BENCI subjek MATH. Kenapaa ? Sebab masa Form 1 aku pernah kena marah dengan sorang cikgu math ni SEMATA MATA DIA NAK TUNJUK CARA DIA MENAGAR DEPAN KENGKAWAN DIA BAGUS SANGAT. Aku bukan nak kutok derr, tapi sebelum ni dia kemain baik dengan aku. Bebudak cina yang buat palat dengan dia pun, dia boleh maafkan. Tapi tah kenapa, aku boleh TERBUAT SATU KESALAHAN YANG SANGAT KECIK hari tuu ( salah kecik je baiiii, SALAH SATU SOALAN JE ! ) Dia pergi menjerit sekuat kuat hati, hina aku depan orang ramai. Classmate semua pandang semacam. Yang kengkawan dia a.k.a pemeriksa dia kott, berderet gilaaaa kat belakang. Adalah dalam 8 ke 10 orang. Kau rasa aku tak malu ke ? Aku tak kisah weyh orang nak tegur tapi perlu ke tempik tempik sampai nak hempas hempas buku, bercakap sampai menyembur air liur. AKU BARU SEKALI buat salah, tapi .... haiiih !
Masuk je Form 2, cikgu Math aku baeeeekkkk sangat :") Tapi sebabkan aku BENCI, tiap kali kelas math, tiap kali tuu jugak aku keluar. Kengkadang tinggal 5 10 minit masa dia baru masuk kelas. Kengkadang lepak bilik kaunseling, berlakon kengkonon sakit perut. Kengkadang duk area dewan, sebab kawan terpecil kan. Kengkadang pergi latihan nasyid ( tapiiii, memang selalunya alasan g latihan nasyid ah ) Hmm, patutnya kena ada tandatangan kann, tapi aku bolayann je, kalau aku mintak, sah2 dia tak kasi en? Huh. Tiap kali tak siap hmwk dia, tiap kali tu lah aku kena cubit. Sampai aku dah fed upp aku cakap ngan cikgu "Tak sakit pummm" Cikgu aku tauu dia sedih tapi dia saja buat senyum sinis centu. Hakikatnya cikgu mana yang tak nak anak murid dia bertanggungjawab kan ? So sejak dari Form 2 ni lahh, tiap kali exam Math, aku tak pernnnnnahhhh lulus. Selaluuuu gagal. Sebelum PMR, aku carik cikgu minta maaf, Alhamdulillah Math PMR dapat B. Ni semua sebab tak dapat berkat :(
Selain Math, aku TAK SUKA subjek Geo ! tak suka yee, bukan tahap benci. Bukan apa, cikgu tu ajar serious aku tak faham ! Dia dah lahh kecik cenonet, lepastu cakap kemain slow. Haduuuhhh. Time tu aku dengang geng geng jahiliah aku n duk sederet belah belakangggg sekali, lepastu gabung meja, jadi ahh kat belakang tu sampai 5 6 7 buah meja. Bila subjek Geo jee, semua pakat merangkak ikut pintu belakang, lariiii keluar kelas. Kengkadang tuu, takdalah jauh punn. Kitaorang duk kat tangga depan kelas jee ( tapi kat tingkat 2 ah ) Time tu bodo2 auu, padahal kat situ ada CCTV ( yelahh area library kan ) Ada jugak cikgu jerit dari tingkat 3 soh masuk kelas, makin jauh kitaorang berlari haha. Tu pasal sapai naik Form 3 satu hape pun aku tak faham pasal geo ni. yang aku tau dia libatkan peta and aku boleh skor Bab 1, yang lain lantak kau lah haha.
Kalau subjek BM pulak, classmate aku pernah pakat kenakan aku soh aku baca syair kat depan haha siooott! Aku baca jelah dengan nada lintang pukang -.-" Cikgu BM ni kau tau tak, dia punya suara tuu nyaringgg sesangat pastu kuat membebel. Dah lah suka kasik hmwk -.-" Bila fed up jee, aku and kengkawan jahiliah aku ni HAHA, terus gerak padang tengok bebudak kawad. Kengkadang joinn sekali, dorang pun malas nak sound kitaorang. And masa BM ni jugalahh, masa yang aku selalu date dengan sorang mamat ni. Ada sekali tuu, kitaorang lepak kat pondok auu, tepi2 pokok centu, kat tepi member aku tengah join bebudak kawadd, tetiba ada sorang mamat ni jerit kat kitaorangg "Woiii sorok woiii! Cikgu usha kat atas tuuu!" Ah, shit! Baru teringat yang kelas kitaorang belah HUJUNG ! So kalau keluar, memang boleh terussssss hadap pondok. Akuu mula2 plan nak ponteng 1 masa je, tapi lepas dah kantoiii, aku ponteng sampai balik ahh cite dia. Time balik, aku saje keluar lambat. Sekali terserempak dengan cikgu tu kat tangga, hahaha siottt, berterabur aku lari xD Bila dah jauh, gelak cam orang bodoh. Sakai -.-"
Sama jugak lah kalau subjek PJ ke, Ag ke apa. Haiih, aku ingat lari punyaaalah aku contorl ayu kat depan Cikgu BI aku ( sebab dia hensemmmm :P ) dia soh aku bagi satu resipi taww. balik tu aku punya google bagai nak rak haha ! Esoknya kena present depan kelas, aku bagi resipi spageti. tapi serious aku baca sebijik2 ( aku google then translate lahhh dekat Google Translate ) apa susah -.-" lepastu bila dia tanya aku KBAT, dah kanttoii. Senyum2 malu je masa tu HAHA, bebudak kelas semua dah gelak. Aduhh sampai sekarang tak boleh hadap doww muka cikgu uh ( tapi sekarang cikgu tu tak hensem dah, sebab aku dapat taw dia dah kawin kbai )
Aku ingat lagi time aku boring2 dekat sekolah, ada member aku main msg auu, tetiba dia ajak aku keluar, dia kata ada member kat tasik. Okey ahh, gerak. Vengong -.-" Aku masa tu takut jugak ah kantoii kan yelahhh, dah kitaorang 2 je pompuan, yang laki sampai main belas belas. Memula cuak gak, tapi aku tengok dorang sempoi je so takkan nak menggelabah ayam lak. Fyi, tasik tu BETUL BETUL SEBELAH sekolah aku k -.-"
Bebudak laki semua dengan okoknyaaa. At last aku rasa ada orang buat report kot, takpun memang takdir nasib tak baik haha. TIBA TIBA, POLIS DATANG. Gulllppp! Sementara tunggu dorang datang uhh, memasing dah kabot naik motor nak cabut. Haduuuhhhhh. Tapi Aidil cakap wat lekk je, pandai2 ahh nak ayat nanti. Masa tu rasa nak tarikkkk nafas dalam2 taknak hembus2 dah haha :3
Abang2 polis : Buat pe sini ?! Dengan rokoknya bagai. Korang ponteng sekolah eh?!!
Dak2 laki uhh : Ne ada bangg.
Abang polis : Ni pahal budak sekolah hisap okok nih?
Aidil : Mana ada hisap.
Polis tu diam and usha muka sorang2. Baruuuu je dorang nak caye, ada 2 3 budak laki g hembus asap okok tu bebetul kat muka abang polis tu haadooooiiiii. Memang kantoii tahap gaban ahh masa tu :'(
Aku ingat lagi ada sekali tuu pernah terlibat dengan kes gaduh. Ni bukan kes gaduh biasa, gaduh samai naik kaki tangan semua uh. Dah lahh gaduh dalam dewan, depan budak2 sekolah, depan cikgu, depan pengetua. Huh! buat maluuu je, bila tak puas aty siap main tahan2 kat tangga. Bila dah keluar sekolah, jumpa one by one, haaaa terketar2 mintak maaf! Depan geng, perangai cam taik. Ehh bythewayy, masa 16 tahun ( last year ) minah uhh dah kawin . Akhir tahun, dah ada anak pompuan sorang. Waaahh tong ahh tong ahhh. Jd ibu yang baik haa, kau setan sorang takpe, jangan nak musnahkan masa depan anak kau yang still suci bersih uh :3
Aku ingat lagi masa aku kena papah sorang member aku ni dari bilik kaunseling pergi pejabat dalam keadaan dia yang MABUK teruk. Dia jalan sikit jee terjatuhh. Malu bhaiii, tapi sebabkan kawann, tolongg gak ah . Dah lah masa uh tengok kecoh2 lagi pasal dia kena tangkap time comolot dengan sorang mamat ni haha macam sial. Aku malas doww nak nasihat2 nihh, aku punya perangai pun bukan ah bagus sangat.
Ni lahh, dalam masa setahun ni aku dah laluii macam2 perkara walau tak banyak mana pun. Kang aku cite lelebih macam aku tak puas hati bila kena marah dengan sorang cikguu nihh, sejak hari tu, aku bela kuku jugak ahh dalam 3 4 minggu, au aim mana keta dia, lepastu kat belah tepiii, aku buat garis panjanggggg gila hahahaha Bergaris2 dan bercorak2 keta cikgu uh. Eh dah lah takkan nak cite semua kot, malas aku -.-" Pasal Form 3, haaaa ni aku dah jadi normal balik haha sebab pikir PMR. cam siod jee , nanti ah aku sambung kbabai :)
Hai errr hello :) Lamnaya tertangguh entry ni kan haha maaf lerrr dah malas sangat ni nak update. Update yg penting2 jelah kan. Bab bab isu orang mencapab ni like menipu konon kena culik HAHA, taktau beza KimK dengan kimak dan sekian sekiannya lagii macam buat acc Insta gunakan nama something kepoh kepoh untuk burukkan nama artis lain, Looool! Serious loser orang mcam tu HAHA so buatpe kita nak update untuk orang loser ni semuaa? Aku, takda masa ! :P
Haaa hari ni dah first day sekolah untuk tahun 2016. CIKGU SAYA PONTENG ! CALL POLIS AMBIK SAYA KAT RUMAH ! SEBAB SAYA AKAN PONTENG 365 HARI BERTURUT TURUT ! Okey tipu jaaa, haha aku dah abis sekolah buat pa nak pegi lagi ngehngehh ni semua POYO !
Teringat masa Form 3 pulak heee. Bila nak PMRR tu bawak bawak lah bertaubat, taknak buat hal dah. Haihh manusia manusia -.- haha :3 Tapi tipu lah kalau rekod tu bersih je manjang kan haha keluar masuk bilik disiplin tu still ada lagi tapi tak serancak sampai kena berlari macam nak terputus nyawa lah. And yeahh, cinta tu boleh ubah sikap seseorang HAHA bluwerkkkkk! Sebabkan ke-rush aku pun dah insaf dah, aku pun tak nak ah malukan diri aku depan dia. Dia poonn sama setan gak tapi dia bapak kepada setan ahh hahahaha sebab dia punya koaja tu lagi tak boleh go ! Dia kalau sekolah mesti datang hari Jumaat je, tu pun dua minggu sekali haha. Bila dia bosan ke mula lah dia carik gaduh ngan orang. Ada sekali tu subjek Geo tahun lpeas ahh eh Geo ke BM ntah, dah lupa, diaa boleh letak kaki atas meja, siap silang depan cikgu. Dah lah cikgu tengah mengajar masa tu adududuhhhh. Cikgu apa lagiiii, mengamuk ah soh dia keluar. Dia pon terus ambik beg, dia keluar je sensorang. Dia kalau takda geng, rasa nak buat perangai, dia buat je. Tu yang aku malas nak tunjuk akak akak depan dia uhh sebab dia lagi sr kan HAHAA !
So dia jugak lah penyuntik semangat untuk aku berubah kahkahkah. Tapi masuk je Form 4 dia buat hal balik and now dah berambus dah pon dari sekolah nii, g mana ntah, dengar cite dah kerja. Haaa lantak ah, bukan ke-rush aku lagi pun kehkehkeh.. Masuk Form 4 aku dah suka orang lain, BUDAK NASYID LAGI KO HAHA ! Tapiiiiii senasyid nasyid diaaaa, sama teruk gak perangai. Aku rasa dia lah budak lelaki melayu yang cikgu paling anti sekali dalam kelas nih. Dengan suka menjawabnya, loyar buruk, buat muka dan macam2 lagi ahh. Kau imagine lahh antara 18 lelaki melayu dlaam kelas ni, dia yang paling SELALU KENA MARAH< kena perli dan macam2 lagi lol haha tapi dia buat je muka tebek dia uh. Hmm, tapi dia budak pandai sebenarnya cumaaa, dia ikutkan sangat hati nak bebas dia tu. Haiih, nyampah nyampah punn, hati ni tak boleh tipu. Suka tuu tetap suka, takk boleh tolak ahh hmm.
Masuk Form 5, Alhamdulillah zaman berdikari aku. Banyak benda yang aku dah belajar dari pengalaman dulu. Aku nak fokus pada study aku sebab aku dah pernah dapat Anugerahh Pelajar Cemerlang dalam aliran MPV. Walaupun cuma tempat kedua, tapi aku tetap bersyukur sebab cuma aku yang tau afford aku tu macam mana :))) So bila masuk Form 5 aku cuba jarakkan diri aku dari benda2 yang boleh melalaikan aku. Yeah, termasuk kawn2 sendiri :) Nak pulak aku antara pelajar yang seramai 73 orang tuu, dapat masuk The Champion. Yang akan bawak nama sekolah ni utk bukak mata rakyat yang duk kat Negeri Selangor ni. Besar taw harapan pengetua sekolah semua, so tak boleh ah nak main2. Tapi aku taw aku terlambat sikit bila aku start move o masa DAH MULA SPM DAH PON, iaitu pada 16 hb, aku dah senyap dan tak bercakap sepatah pon untuk orang orang yang aku rasa tak perlu ada dalam hidup aku. Dengar macam kejam tapi aku terpaksa buat benda kejam tu untuk diri aku. Aku kena selfish untuk masa depan aku ;)) bukan nak berlagak ke apa, tapi aku dahh buat ceni since Form 4 agyy dan Alhamdulillah dapat hasilnya jadi aku rasa aku tak rugi pape. Aku akan rugi kalau aku tak bertindak dari awal, Alhamdulillah ;DD
Dan yee, TAK SEMUA ceerita yang aku boleh share. masih terlalu banyak yang korang taktauu mengenai keluarga, kawan kawan dan diri aku sendiri. Satu masa nanti, klau perlu aku cite, aku citekan jugak. Buat masa sekarang, aku rasa takde kepentingan appaun untuk aku share. Okeylahh tu je kotttt entry kali ni heeee ;) act banyak lagi ni nak cite tapi asal aku taip jee, tulisan tu terhenti2, jadi aku rasa fed up nak tunggu so kalau ada typo tu kau buat bodo je lah ye. Okey lahh chowwww assalamualaikum , waalaikumsalam.
No comments:
Post a Comment