Monday, 25 January 2016

Pengalaman Ambil Lesen Kereta. Part Three [[ KKP 02 - 5 Jam Setengah ]]

Image result for kasut jenis tutup jari
Kasut tutup jari katanya hahaha :3Image result for kasut jenis tutup jari

Assalamualaikum.

Waduuuhh, belajar ni tak pernahnya yang senang kan? Haha -.-" Bukan apa, makin lama belajar lesen ni makin susah. Sumpah tak tipu, sampai sakit bahu sakit peha, sakit betis, sakit kepala sebab serabut and semak dok pk macam macam. Ouh goossh! Nasib benda dah bayar jee , kalau takkk , separuh jalan jeee, sayonara! -.-" Eh taktak, ni bukan nak lemahkan semangat korang yang baru nak belajar, cuma sebagai peringatan supaya korang
bersedia dari segi fizikal dan mental. Kenapa? Haaa ada sebabnya. Teruskan baca : )


Okeyy malam kelmarin ( 5 Jan 2016 ) Kak Noor wssp, tanyaa "Assalam Fira, KKP 02 mula esok boleh? Pukul 8 pagi" Aku punn yeayy seghonok ahhh, takda bosan dahh mereput kat umah je ahahaha. Aku pun kata okey jelah pukul 8. Okeyy nii penting yeeee, korang WAJIB buat benda ni ; bawa IC, bawa lesen L dan pakai KASUT. Tapi yang ada kasut tutup jari tu ok jeee, aku pakai takda kena sound pon. Tapi kalau kau tak konfiden baik kau pakai kasut yang jenis kasut sukan tu je. Lagipun, kalau kau pakai jenis kasut separuh jari tuu, hmmmm untuk pengalaman aku, memang sakit kaki. Serious aku cakap. Nak pulak untuk newbie yang MEMANG TAKTAU APA APA, so memang akan jadik punya kes kes sakit kaki nii, mesti nak tekan kuat kuat pedal tu padahal pakai hujung jari pun dah okeyy. So pepandailah sesuai kan diri korang yee. Wait, taktau kasut tutup jari macam mana ? Errrr okey dia camni , ehhh btw pic tu semua aku rembat dari GOOGLE TAW! Aku tau tu kasut orang punyaa hahaha, bukan aku punyaaa okeyyyy! ; )

So pukul 7.50 gerak dari rumah, sampai tepat tepat pukul 8. Tetiba ada orang tegur "Eh ni Fira kann ?" "Errr ha'ah, ni sapa ehh ? Muka macam pernah nampak ?" "Eh memang pernah nampak punn, hari tu kan kita naik keta sama sama. Yang awak pegi exam, saya pergi kursus tu?" "Ouhhhh yaaa ritee. Ingat ingat! Haha sorrylahh lupa. Hmm sapa nama eh?" "Mira" "Ouhh Mira, okeyy2"

Dan berborak lah kitaorang dekat sejam menunggu haha. Mira banyak tanya pasal exam komputer tuu, so akuu pun story lah apa yang patut. Siap share contoh2 soalan kawww! Haha, nasib ah kalau keluar soalan yang sama, rejeki diaa, aku taknak kedekut ilmu kehkehkeh. Dia punyaaaalah neves hahaha same like me dulu ahh, tapiiii aku pesan kat diaa "Nak neves tak salah Mira, hari tu pun Fira neves jugak. Tipulah kalau orang tak neves kan, dah lah kita belajar benda baru, tapiii Mira kena ingat, Mira punya neves jangan sampaii hilang fokus. Yelah, kalau boleh nak ambik sekali jee, tak nak repeat2 keyyh." "Tu yang Mira takut tu, takut hilang fokus" Ah, seriously Mira sekarang memang neves tapiiii kan first2 tuu soalan buta warna, memang senang je laaa, haha lepastu konfem dah okey sikit dah. Jangan risau, 45 minit tu lama okeyy, Fira boleh cek 2 3 kali lagi masa tuu.

So Kak Ani cakap hantar Mira kat Bangi dulu. Sebab kat Cheras dah mula ramai orang. Ouh okey. Sampai jee no Mira 73 ?!?! Hahaaa waktu tu baru no 26. Ahakss sempatlah temankan dia kejapp, tanya2 soalan kat dia sementara Cik Ani gi minum. Kesian lak kat dia kann, bila dah settle, Kak Ani ajak aku choww. Okeyy goodluck, Mira ! ; )


Masa ni dah pukul 10 lebih.

Tiba tibaaaa aku ingat g kat Cheras terus taw, rupanya Kak Ani stop dekat satu jalan ni. Hmmm nak kata banyak keta lalu lalang tak jugaklah senanyaa, banyak lori dengan van : ) Hmmm terus Kak Ani cakap "Okey jom keluar kereta" Errr.

Okeyyy PERTAMA sekali, belajar RPK . Apa dia RPK ? RPK ni ialah Rutin Pemeriksaan Kenderaan. Get it ? Oritee, masa buat RPK ni depan pegawai, kita wajib bagitau 3 perkara.


  • Nama.
  • Tujuan : Nak buat RPK.
  • Tarikh lesen tamat tempoh korang.

    Lepas tu, berdiri sejauh 2m ( lebih kurang 3 tapak )

    1. Pakai sarung tangan ( disarankan )

    2. Tunduk bawah untuk pastikan takda titisan air / minyak / benda keras / benda tajam / binatang dan waktu malam saya akan menggunakan lampu suluh.

    3. Tengok cermin depan. Pastikan dalam keadaan bersih.

    4. Tengok bumbung dalam keadaan bersih, tak kemek atau karat.

    5. Tengok cukai jalan. Pastikan masih aktif. ( sebut sekali bila tamat tempohnya )

    6. Bukak getah wiper. pastikan boleh tegak dan getahnya lembut.

    7. Pegang bonet depan, pastikan bersih, tak kemek / karat.

    8. Pegang lampu depan ( kiri dan kanan ) pastikan bersih, dan tak retak.

    9. Okey then tengok no plet / pendaftaran. Pastikan bersih, tak patah dan no plet cukup.

    10. Last, test bamper hadapan. Goyangkan jeee untuk pastikan dalam keadaan kukuh.

    11. Ouh yaa, kalau ada lampu isyarat kini / kanan dengan bamper tuu, kau cek je ok.

    Okeyyy 11 cara nii baru permulaan haha. Now, kita akan berjalan ikut ARAH PUTARAN JAM ( bhgn tepi sebelah KANAN )

    Macam biasaaa, cek tayar : tengok bunga tayar ( masih tebal ), tengok tekanan angin cukup / tak, tengok rim sama ada kemek atau tak, karat ke apa, dan tengok nat, pastikan ketat dan tak karat ( keempat empat nat yee )

    Tengok jugak lampu isyarat kanan, cermin sisi kanan, pintu hadapan kanan & tingkap, pintu belakang kanan & tingkap, tayar belakang kanan.


    Okeyy untuk bonet belakang, pastikan ada tools2 ni taw ;

    Minta maaf, tips2 ni tidak akan disambung kat post ni.Tapi aku akan buat kat entry lain. Aku minta maaf kalau2 ada yg "terdesak" nak tips ke pe. Seriously, aku sendiri pon dahhhh lupaa !! Sebab tulisan merah yang aku taip ni, pada hb 25 Jan 2016 ! Sedangkannnn, tarikh aku buaddd tu 6 Jan 2016. Dah makan puloh hari T_________T Mintak maaffff sumpah aku mintak maaff! Aku akan carik balik nota2 yg aku pernah buat sebelum ni okay....:"/

    Tapii, untuk KKP 02 ni korang akan belajar buat RPK, RSM dan jugak bawak kereta, yeyayyy! :D Mesti tak sabor2 dah tu kan HAHAHA ^_^ Alhamdulillah aku dapat buat dengan agak baik laaaaa. tipu lah kalau takda mati2 enjin tu kan :3 Aku bawak ketaa dr Bangi balik ke Cheras tapi dari Cheras balik serdang, cikgu bawakk sebab nak harap aku mmg tak sempat ah. Masa tu dekat pukol 2, pukol 4 aku kena datang belajarr balik. Dapatlaa aku tido sejam haha. So dr serdang ke cheras aku yg bawak. Masa balik, cikgu bawak sebab hari dah hujan lebat, dgn jem kat seri kembangan lgy, aku kan zero bab2 keta, belajar pon tak sampai 5 jam hahahahaha. Tapi masa petang aku belajar bukit dengan side parking. Alhamdulillah, side parking aku dh hafal teknik but bukittt errrrr not confident sangat lah sebab errrk sebab dia bukit la lol :P

    Khamis lepas ( 21 Jan 2016 ) aku dah start buat KKP 03, on the road yoowww! Aku belajar jalan 4, untuk ujian besokkk dup dap dup dap hahahaha :D Alhamdulillah, takat ni aku ingat lah mana part kena guna gear 1 gear 2. Yg penting, jumpa je bumper, guna gear 2 ! Oh ye, ada sekali tu masa nak keluar simpang, aku mat enjin T_______T nebes punya pasal kahkahkah ! Aku tengok cermin sisi berderet keta kat belakang aku, dalam 3 4 5 buah ahhh hahahaha, dorang tengah test, aku lak bebetul kat belah depan nak keluar dr IMKEDA. nak tak nak diaorang kena tunggu jugak ah. Aku cuba pegi balik jalan 4 tuu, 4 kali je. Dari 10.15 gerak dr serdang, sampai sana dalam 10.35. Yeay! Aku dah pandai kawal minyak, tkda sesuka ati nak main tekan je. First time yg tak sampai 5 jam tuuuu, aku bawak sampai 60 tapi still aku rasa lembap. Tapi kali ni aku maintain 40 50 jee :) Eh korang, doakan untuk aku ujian penilaian on the road besokkk pleaseeeee ( 26 Jan 2016 )

    Mesti engkorang pk lama betul budak ni amik lesen, dr 16.12.15, tak test2 lg HAHAHAHAHA sedangkan daftar dari 2.12.15 !! LOL.

    Aku start pon lambat weyyyy. Bukan saje nk start lambat, tp ada hal family so nak buat lagu mana? Habaq mai kat ceq T_T Lepastu 23.12.15 patutnya aku dah ambik dah exam komputer tapi sistem tempat sana down, so kena tangguh pada 28.12.15. Haaa kan dah membazir dekat seminggu dekat situ. Seminggu kendian, 6.1.2016, aku masuk KKP 02. Tapiiiii 21.1.16  baru aku ada masa nak sambung. KENAPA ? Sebab aku kena demam berturut2, first demam urat sebab aku paksa tulang aku pg petang belajar benda yg aku tak pernah belajr. Lepas je sembuh dr tuu, aku kena demam sebab tumbuh gigi kekal yg belah belakanggggg sekali tuhhhh T_________T Bila dah ok, aku call cikgu tapi cikgu ada student lain yg dah tempah laaaa, buat test jpj laaaaa, ada free pon lepas pkol 4, macam mula2 belajar dulu, mak aku dh tak kasik sebab ri tuh aku balik dah 7 lebih, lepas azan maghrib dahh T_______T 21 tu jelah yg aku dapat, even 2 kalii sblm tu cikgu ada call utk sambung kls,tapi aku dmm tak larat ah. Tu pon aku dapat kol 11.30, tp cikgu kata boleh datang kol 10 sbb ada akak yg patut kelas pd masa tu, dia tak larat nk bgun, alololo demam tumbuh gigi gak kewww? AHAHA x.x

    Lg stu sebelum g KKP 02 lg sbnrnya kasut aku dah tertanggal. Tapak kasut aku kiri kanan dah tercabut, tp sebab dah janji dgn cikgu boleh dtg, aku dtg lah jugak. Bila balik tuu, lusanya aku g hantar kasut tu kt kedai. Tapi 2 hari kendian aku datang ah balik, sekali org tu tak bukak T______________________T Huhhhh! Seminggu kendian baru aku dtang amik ahahahaha, lepas sihat demam semua, baru aku keluar. nasib baik x dibuangnya kasut aku tu lol !

    Alhamdulillah KKP 03 ni, belajar 10 jam, tapi lepas 2 jam aku belajar nii, esok dah boleh buat ujian insyaAllah aku akan buat yg terbaik! Aku x kesa kena hon ke apa, tapiiiiiiiiiiiii JANGAN MATI ENJIN LG WOIIIIIIIIIIIIIII ! ! hahaha, sejam lg aku belajar dr serdang ke cheras dan cheras ke serdang. Nk tau something?? :P aku tak sakit urat dah kehkehkehhh. Esok pukul 8 :o :o :o :o hhehehehe, insyaAllah kalau lulus esok, boleh sambung 7 jam lgy, pastuu boleh buat test JPJ dah yuhuuuu. Tp takot x sempat ah 7 jam tu sebab aku tak belajar 3 penjuru, selekoh S dgn Z lagyyy ! Side parking dgn bukit Alhamdulillah, past hari tuu. So aku kalau boleh nak elak ah dr tambah kelas err sebab sejam RM 40 tapi kalau repeat RM 200! Haa mana kau nak hahahahaha . Yg pentingggg, aku kena cepat pick up je. Tak boleh gabra, takboleh cepat panik, dan kena fokus masa belajar :D :D :D Okeyylah, maaf sebab share sekerat jalan utk KKP 02 sbb aku sendiri dah lupa sikit hehehe >..< tp besok insyaAllah aku akan cite FULL punya okayhhh ! ;D

No comments:

Post a Comment